BENCI KURINDU
Buku Benci Kurindu merupakan genre novel kekeluarga, percintaan dan persahabatan. Di dalam novel ini penulis memulakan cerita dengan memperkenalkan karakter setiap watak dengan baik.
Buku Benci Kurindu merupakan genre novel kekeluarga, percintaan dan persahabatan. Di dalam novelini penulis memulakan cerita dengan memperkenalkan karakter setiap watak dengan baik. Penulis mengembangkan plot cerita dengan baik beberapa kejutan dan perkara yang di luar jangkaan berlaku. Ini telah mengusik jiwa saya, sebagai pembaca yang mana setiap perstiwa yang berlaku menyebabkan kita sedar bahawa balas dendam pada luka itu dengan perbuatan yang keji akan menambah luka pada diri kita sendiri.
Penulis juga berkongsi rasa dengan pembaca, bahawa setiap
watak yang dicerita mempunyai kisah sendiri dan terdapat pengajaran bagi setiap
satu. Malah, benci juga boleh bertukar menjadi cinta dan ini tidak boleh di
nafi oleh kita. Penggunaan bahasa penulis, yang sangat baik telah memberi fokus
untuk pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang akan berlaku.
Perasaan saya sepanjang membaca novel ini dikuasai oleh perasaan sedih, geram
dan marah. Percayaalah, terdapat beberapa bahagian saya menangis dan ia saya
akui penulis sekali lagi dapat megusik hati ini. Ada, juga bahagian di mana
penulis berkongsi beberapa perstiwa yang boleh membuat saya bahagia dan bersemut,
walaupun nampak kasar tapi ada romantiknya.
Watak Amanda yang digambarkan oleh penulis ialah seorang
yang tabah dan sentiasa berusaha berjuang meneruskan kehidupan walaupun
pelbagai ujian yang dihadapi oleh nya. Manakala, bagi watak Harazz penulis
menggambarkan sikap dendam hingga membawa luka pada dirinya dan orang lain
telah mengusik jiwa saya sebagai pembaca. Setiap kata yang dilemparkan oleh
Harazz kepada Amanda telah memberi kesan pada diri dia. Namun, siapa kita
menidak takdir dari Tuhan bila, benci bertukar menjadi cinta. Watak sampingan
yang turut memberi kesan yang cukup baik buat novel dan juga diri saya. Untuk
mengetahui lebih lanjut boleh lah beli buku di kedai buku atau secara online.
9/10
WATAK UTAMA : Amanda & Harraz
WATAK SAMPINGAN: Anis, Jane, Ammar, Hasy, Atif, Zaki dan ramai lagi
GENRE: Percintaan, kekeluarga
TERBITAN: Fajar Paker: 2022
PENULIS: Lollysnow
Tiada ulasan:
Catat Ulasan