WATAK UTAMA
: Arif & Mawarti
WATAK SAMPINGAN: Aqil, Chad, Badang,
GENRE: Kekeluarga, Persahabatan dan Percintaan
TERBITAN: IMAN Publication.com : 2023
PENULIS: Violetfasha
Buku Siapa sangka terjatuh cinta merupakan genre novel kekeluarga, persahabatan dan percintaan. Buku ini adalah paling sesuai dibaca untuk semua peringkat umur, bermula dari remaja hingga dewasa. Di dalam novel ini penulis juga mengaitkan beberapa sifat watak dengan masalah yang sedang manusia hadapi pada masa ini seperti masalah mental dan bagaimana untuk kita terus berjuang melawan penyakit mental. Penulis memulai permulaan cerita dengan memperkenalkan karakter setiap watak dengan baik serta unsur komedi. Percayalah, sepanjang saya membaca novel ini emosi saya boleh bertukar dari gelak ketawa kepada air mata. Penulis mengembangkan cerita ini dengan tersusun dan mudah difahami. Ditambah pula, penulis menyelitkan kata-kata yang menarik kepada pembaca dengan situasi yang mudah di fahami.
Watak penting dalam novel ini ialah Arif dan Mawarti yang memiliki perwatakan yang berbeza. Arif yang peramah dan suka membantu bertentangan dengan sifat Mawarti yang pendiam dan suka menyendiri. Adakah Mawarti yang tidak suka dengan lelaki yang peramah seperti Arif masih boleh bersahabat dengan?. Jawapannya ya mereka, menjadi sahabat dan tanpa sedar mereka sebenarnya saling bantu menyembuhkan luka yang sudah lama menjadi barah dalam diri mereka.
Persahabatan bermula apabila Arif sebagai jiran sebelah yang tersalah sangka Mawarti kononya mempunyai sugar daddies. Rupa-rupanya abang-abang Mawarti yang over protective datang melawat adiknya. Selepas peristiwa ini Arif bertekad untuk membantu Mawarti membeli barang serta berkongsi makanan dengan jiran sebelah rumahnya. Apakah yang berlaku sepanjang persahabatan mereka serta bagaimana pula kerenah abang-abang Mawarti yang over protective dengan adiknya. Bagi mengetahui lebih lanjut jangan lupa beli buku di shoope IMAN publication.💌