Isnin, 2 Oktober 2023

BENCI KURINDU

 

                                                 


BENCI KURINDU

            

     


Buku Benci Kurindu merupakan genre novel kekeluarga, percintaan dan persahabatan. Di dalam novel ini penulis memulakan cerita dengan memperkenalkan karakter setiap watak dengan baik.                                        


          Buku Benci Kurindu merupakan genre novel kekeluarga, percintaan dan persahabatan. Di dalam novelini penulis memulakan cerita dengan memperkenalkan karakter setiap watak dengan baik. Penulis mengembangkan plot cerita dengan baik beberapa kejutan dan perkara yang di luar jangkaan berlaku. Ini telah mengusik jiwa saya, sebagai pembaca yang mana setiap perstiwa yang berlaku menyebabkan kita sedar bahawa balas dendam pada luka itu dengan perbuatan yang keji akan menambah luka pada diri kita sendiri.

Penulis juga berkongsi rasa dengan pembaca, bahawa setiap watak yang dicerita mempunyai kisah sendiri dan terdapat pengajaran bagi setiap satu. Malah, benci juga boleh bertukar menjadi cinta dan ini tidak boleh di nafi oleh kita. Penggunaan bahasa penulis, yang sangat baik telah memberi fokus untuk pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang akan berlaku. Perasaan saya sepanjang membaca novel ini dikuasai oleh perasaan sedih, geram dan marah. Percayaalah, terdapat beberapa bahagian saya menangis dan ia saya akui penulis sekali lagi dapat megusik hati ini. Ada, juga bahagian di mana penulis berkongsi beberapa perstiwa yang boleh membuat saya bahagia dan bersemut, walaupun nampak kasar tapi ada romantiknya.

Watak Amanda yang digambarkan oleh penulis ialah seorang yang tabah dan sentiasa berusaha berjuang meneruskan kehidupan walaupun pelbagai ujian yang dihadapi oleh nya. Manakala, bagi watak Harazz penulis menggambarkan sikap dendam hingga membawa luka pada dirinya dan orang lain telah mengusik jiwa saya sebagai pembaca. Setiap kata yang dilemparkan oleh Harazz kepada Amanda telah memberi kesan pada diri dia. Namun, siapa kita menidak takdir dari Tuhan bila, benci bertukar menjadi cinta. Watak sampingan yang turut memberi kesan yang cukup baik buat novel dan juga diri saya. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh lah beli buku di kedai buku atau secara online.



9/10                      

 WATAK UTAMA :  Amanda & Harraz

 WATAK SAMPINGAN: Anis, Jane, Ammar, Hasy, Atif, Zaki dan ramai lagi

 GENRE:  Percintaan, kekeluarga

 TERBITAN: Fajar Paker: 2022

 PENULIS: Lollysnow

 

Selasa, 1 Ogos 2023

SIAPA SANGKA TERJATUH CINTA








 

 WATAK UTAMA :  Arif & Mawarti

 WATAK SAMPINGAN: Aqil, Chad, Badang,

 GENRE: Kekeluarga, Persahabatan dan Percintaan

 TERBITAN: IMAN Publication.com : 2023

 PENULIS: Violetfasha



Buku Siapa sangka terjatuh cinta merupakan genre novel kekeluarga, persahabatan dan percintaan. Buku ini adalah paling sesuai dibaca untuk semua peringkat umur, bermula dari remaja hingga dewasa. Di dalam novel ini penulis juga mengaitkan beberapa sifat watak dengan masalah yang sedang manusia hadapi pada masa ini seperti masalah mental dan bagaimana untuk kita terus berjuang melawan penyakit mental. Penulis memulai permulaan cerita dengan memperkenalkan karakter setiap watak dengan baik serta unsur komedi. Percayalah, sepanjang saya membaca novel ini emosi saya boleh bertukar dari gelak ketawa kepada air mata. Penulis mengembangkan cerita ini dengan tersusun dan mudah difahami.  Ditambah pula, penulis menyelitkan kata-kata yang menarik kepada pembaca dengan situasi yang mudah di fahami.

            Watak penting dalam novel ini ialah Arif dan Mawarti yang memiliki perwatakan yang berbeza. Arif yang peramah dan suka membantu bertentangan dengan sifat Mawarti yang pendiam dan suka menyendiri. Adakah Mawarti yang tidak suka dengan lelaki yang peramah seperti Arif masih boleh bersahabat dengan?. Jawapannya  ya mereka, menjadi sahabat dan tanpa sedar mereka sebenarnya saling bantu menyembuhkan luka yang sudah  lama menjadi barah dalam diri mereka.

            Persahabatan bermula apabila Arif sebagai jiran sebelah yang tersalah sangka Mawarti kononya mempunyai sugar daddies. Rupa-rupanya abang-abang Mawarti yang over protective datang melawat adiknya. Selepas peristiwa ini Arif bertekad untuk membantu Mawarti membeli barang serta berkongsi makanan dengan jiran sebelah rumahnya. Apakah yang berlaku sepanjang persahabatan mereka serta bagaimana pula kerenah abang-abang Mawarti yang over protective dengan adiknya. Bagi mengetahui lebih lanjut jangan lupa beli buku di shoope IMAN publication.💌

 



 

Selasa, 18 Julai 2023



 SALAM KENAL




Assalamualaikum, buat sahabat semua blog ini akan saya kongsikan buku-buku novel Melayu yang saya baca agar memudahkan sahabat memilih buku sesuai dengan cita rasa anda. Diselitkan juga pengalaman hidup saya serta novel pendek yang saya tulis bagi membantu saya mengasah bakat dalam penulisan. Terima kasih atas kesudian sahabat semua berkungjung ke blog Lily💌.

BENCI KURINDU

                                                    BENCI KURINDU                    Buku  Benci Kurindu   merupakan genre novel kekeluarga,...